Klik pada iklan ini sama

OhBelog

Monday, July 4, 2011

Hadiah Buku Sebagai Jariah

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.anhuma bahawa Umar bin al-Khattob r.a. mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata: “Wahai Rasullullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar, sedangkan saya belum pernah mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada tanah itu. Apakah yang sebaik-baiknya saya lakukan?" Rasullullah SAW menjawab: “Jika kamu mahu, kamu wakafkan tanah itu dan menyedekahkan hasilnya.”

Lalu Umar r.a. menyedekahkan tanah itu dengan mensyaratkan ia tidak boleh dijual, diwarisi atau dihibahkan kepada sesiapa. Beliau mewakafkan tanah itu kepada golongan miskin, kaum kerabat, hamba sahaya, orang musafir yang putus bekalan, tetamu dan fi sabilillah. Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Skim Hadiah Buku Sebagai Jariah dianjurkan buat pertama kalinya oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. pada tahun ini (1431H bersamaan 2010M).

Tujuannya ialah bagi menyediakan kemudahan kepada pihak korporat dan individu yang berkemampuan untuk mewakafkan buku-buku islamik, seperti tafsir al-Quran, hadis dan lain-lain, yang akan disumbangkan kepada masjid, surau, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi Islam yang memerlukan.

Sebagai sebuah syarikat penerbitan bahan-bahan agama dan motivasi serta pengimport buku-buku islamik dari luar negara, pihak kami prihatin mencadangkan kepada ahli korporat dan individu yang ingin memberikan pendidikan kepada umat Islam dengan pendekatan derma infak kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Semoga segala amalan baik, sedekah jariah dan wakaf yang dilakukan dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT bakal menyenaraikan kita dalam golongan yang tidak terhenti pendapatan pahalanya, iaitu mereka yang melaksanakan sedekah jariah, mengajar ilmu yang berguna, dan menerima doa daripada anak yang soleh.

Mengapa Kita Perlu Mewaqafkan Buku?

1. Sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Membuka jalan bagi orang beriman memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.

3. Pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagi mana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan.

4. Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim piatu.

5. “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap butir seratus tangkai. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah 2: 261)

6. Membantu menyediakan bahan-bahan ilmu terpilih untuk dimanfaatkan oleh pihak masyarakat.

7. Mewujudkan masyarakat yang tekun dan rapat dengan ilmu menerusi buku-buku terpilih.

8. Menyediakan bahan-bahan rujukan yang penting kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment