Klik pada iklan ini sama

OhBelog

Wednesday, November 10, 2010

Kata Aluan Pengasas

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Saya panjatkan kesyukuran
kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka Stormreaders Network Sdn. Bhd. dapat
ditubuhkan. Setiap cadangan dan nasihat pakar yang kami terima terutamanya di dalam bidang
syariah, perundangan dan ekonomi telah diambil kira pada setiap perancangan dan
perlaksanaan agar segala usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan
masyarakat berjalan lancar dan seterusnya impian untuk membentuk sebuah masyarakat yang
gemar membaca dan berilmu menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
anda, usahawan berpotensi, berdedikasi dan berdisiplin ke dalam keluarga Stormreaders.
Dengan penglibatan anda yang aktif, cekal serta bertawakal, insya Allah segala impian dan
cita-cita akan menjadi kenyataan.
Bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah teras kepada kejayaan
kami, menjadi asas kepada ukhuwah yang terjalin… dan kehadiran anda mengukuhkannya…
Saya yakin dengan produk-produk yang berkualiti, bermanfaat serta tiada tarikh luput ini akan
mempermudahkan anda untuk membina sebuah rangkaian perniagaan yang terdiri daripada
usahawan-usahawan yang akan bersama-sama anda mengecap kegemilangan. Ayuh
bersama-sama kita berusaha menyebarkan sejauh mungkin dan seterusnya membantu
mewujudkan sebuah generasi yang kaya dengan ilmu!


Kata Alu-aluan Pengasas
“Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber
kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk
berdoa akan menjadi keberkatan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi
keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu
adalah kewajiban seorang hamba terhadap tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang
sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba didunia lebih banyak daripada waktu
yang tersedia.”
Saya berharap segala maklumat, garis panduan dan kelengkapan yang telah disediakan di
dalam Kit Permulaan Perniagaan ini akan membantu anda untuk menjadi seorang usahawan
yang berjaya.


Tulus Ikhlas
Hj. Abdul Waharp Yusof CEO, Pengasas November 17, 2008

No comments:

Post a Comment