Klik pada iklan ini sama

OhBelog

Wednesday, February 23, 2011

Jadual Program Stormreaders Haibahones

Insya'Allah disini akan di tuliskan berberapa program yang akan di buat dan dalam masa yang sama STORMREADERS NETWROK RANGKAIAN HAIBAHONES akan membuka kaunter jualan dan mempromosi peluang perniagaan buku cara baru .... semua yang berminat boleh turut serta mengunjungi kaunter tersebut :


PENANG KARNIVAL HARMONI 2
Tarikh : 25 Feb 2011 - 6 Mac 2011
Masa : 5.00 petang - 12 malam setiap hari
Tempat : Dewan Mellinium Kepala Batas


SAMBUTAN MAULIDURRASUL SURAU TAMAN SERI MENERONG
Tarikh : 26 Feb 2011 - 27 Feb 2011
Masa : 10.00 pg - 12.00 malam
Tempat : Perkarangan Surau Taman Sri Menerong, Kepala Batas.



BICARA BUKU "UBAT daripada SUMBER BABI dan Alternatif
Tarikh : 4 Mac 2011
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah D . USM Penang


KARNIVAL SAUJANA USM
Tarikh : 4 Mac 2011 - 6 Mac 2011
Masa : 10.00 pg - 12.00 malam
Tempat : Padang Kawad USM , Penang


KARNIVAL ANAK MUDA (KAMU) anjuran PMI USM
Tarikh : 8 Mac 2011 - 13 Mac 2011
Masa : 10.00 pg - 12.00 malam
Tempat : Padang Kawad , USM Penang.







Monday, February 21, 2011

Daftar Sahabat Ilmu Stormreaders Haibahones

Alhamdulillah selamat daftar sorang member baru yang join stormreaders , Welcome kepada Cik Nadiah Shobri dari Sungai Ara, kerana berminat menyertai stormreaders under Hafiz Aziz (kelanailmu) semoga dengan kemasukan dalam dunia bisnes jualan buku MLM Syariah akan menjadikan saham di akhirat kelak.... bertepatan dengan slogan STORMREADERS

"sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat"

Friday, February 18, 2011

Kepentingan Ilmu

Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Sumbernya Menurut Islam

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DAN SUMBERNYA MENURUT ISLAM

1. Definisi Ilmu Pengetahuan

Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit
knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002)

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.

2. Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

3. Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan

Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah s.w.t kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal pemikiran manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah s.w.t agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.

4. Intuisi atau Ilham

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Walaupun begitu, ada juga di kalangan sarjana yang berpendapat bahawa sumber ilmu itu datangnya juga daripada sumber lisan dan tulisan serta kajian sejarah. Ilmu yang diperolehi melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan secara tidak formal seperti ilmu pertukangan dan sebagainya yang diperolehi melalui warisan secara tidak langsung daripada keluarga atau masyarakat. Pengajaran-pengajaran secara lisan daripada tokoh-tokoh ilmu juga dianggap sebagai sumber lisan. Ilmu yang sumbernya dari tulisan dapat dilihat melalui ilmu perubatan, matematik, dan undang-undang. Sementara ilmu yang diperolehi daripada kajian sejarah pula dapat dilihat melalui kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku.

RUJUKAN

Al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin. t.th. Maucizah al-mu`minin min ihya` ulum al-din. t.tp : Maktabah Misr.

Khazali. (tanpa tarikh). Konsep Ilmu. http://khazalii.googlepages.com/udi30521konsepilmu [13 April 2008]

Noraziah Sharuddin. 2002. Forum memori korporat UTM. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia

Monday, February 14, 2011

Saturday, February 12, 2011

Tazkirah Bulan Februari

Mengapa Manusia Enggan Memberi?

oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi ( pahrol@telagabiru.net.my )

Hari ini manusia hilang kebahagiaan kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam kehidupan. Kita sering terlupa hikmah yang diungkapkan menerusi kata-kata ini:

“We make a living by what we get but we make a life by what we give” – kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.

Ya, kita hidup dengan kuantiti material (makanan, pakaian, kenderaan, rumah) tetapi kita membina kehidupan dengan kualiti hati (ketenangan, kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan). Rumah misalnya, memang dibina dengan gabungan batu, kayu dan simen tetapi rumah tangga dibina dengan kasih sayang. Memanglah dengan apa yang kita dapat (get), kita mampu membina sebuah rumah yang besar, tetapi untuk boleh membina rumah tangga yang tenang kita perlu memberi (give). Kasih sayang, kemesraan dan cinta itu dibina dengan sikap memberi.

Kata bijak pandai, “memberi lebih gembira daripada menerima.” Tapi benarkah memberi lebih gembira daripada menerima? Kalau ditanyakan kepada anda, memberi hadiah dengan menerima hadiah, mana lebih gembira? Tentu ramai yang menjawab, menerima hadiah. Betul tidak? Jadi di mana letaknya kebenaran ungkapan ini?

Baiklah, bayangkan seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang merayu dibelikan sebuah anak patung. Sedangkan “spesifikasi” anak patung yang diidamkannya itu terlalu sukar untuk dicari. Telah merata kedai dia mencarinya. Tetapi masih tidak ditemui. Setelah berbulan-bulan kemudian, ketika berkursus di luar negara, tiba-tiba si ibu temui anak patung yang dicari-cari selama ini...

Bayangkan, pada ketika si ibu menyerahkan anak patung yang baru dibelinya itu kepada anak kesayangannya... si anak terlompat-lompat kegembiraan sambil mengucup si ibu bertalu-talu. Ya, pada ketika itu siapakah yang lebih gembira? Si ibu yang memberi atau si anak yang menerima? Ya, pasti anda tahu jawapannya. Lebih-lebih lagi jika anda sendiri seorang ibu. Si ibulah yang lebih gembira.

Setiap ibu bapa yang penyayang pasti lebih gembira “memberi” kepada anaknya. Seorang penoreh getah (yang telah bertungkus-lumus “memberi” segala tenaga dan upaya untuk menyekolahkan anaknya) akan menjadi insan yang paling gembira pada hari anaknya menerima ijazah. Padahal dia yang memberi, anak yang menerima. Begitu juga si suami yang dapat memberi apa yang diidamkan oleh isterinya ketika mengandung anak yang pertama. Ini bukti memberi lebih gembira daripada menerima.

Tetapi perlu diingat, memberi hanya akan menjadikan kita lebih gembira dengan satu syarat, memberi mestilah dengan adanya kasih sayang. Si ibu gembira ketika memberi kepada anaknya kerana adanya kasih sayang. Begitu juga si suami dan sesiapa sahaja. Tanpa kasih sayang, memberi bukan sahaja tidak dengan rasa gembira, bahkan terasa begitu merugikan. Jadi, sekiranya kita sudah tidak gembira lagi ketika memberi, itu petanda kita sudah kehilangan kasih sayang!

Memberi Akan Lebih Banyak Menerima

Kata orang, masakan yang paling enak adalah masakan ibu. Kenapa? Sebab ibu memasak penuh dengan kasih sayang. Semua dibuat semata-mata ingin “memberi” kepuasan kepada anak-anaknya. Jarang sekali seorang ibu merasa terpaksa atau terdera apabila memasak untuk anak-anaknya. Sebab itu masakan itu enak walaupun mungkin resipi atau bahannya tidak sama dengan yang disediakan tukang masak di restoran atau warung yang digemari pelanggan.

Jadi, untuk ceria, kita mesti berpegang pada prinsip “ingin memberi” bukan “ingin mendapat”. A’id al-Qarni, penulis buku La Tahzan (Jangan Bersedih) telah berkata: “Orang yang pertama mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya.”

Sebab itu beliau menganjurkan, jika kita sedih atau bermuram durja, carilah orang lain dan gembirakannya... nescaya kita akan mendapat kegembiraan semula.

Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. ‘What you give, you get back” – apa yang kita beri akan kita terima semula. Ini hukum alam sunnatullah – “what goes around, comes around.”

Sebenarnya, manfaat memberi ini turut Allah limpahkan juga kepada orang bukan Islam (satu lagi bukti menunjukkan betapa pemberinya Allah). Henry Ford, pencipta kereta yang pertama mempunyai cita-cita ingin melihat ramai orang memiliki kereta. Tetapi cita-citanya tidak dipersetujui oleh pelaburnya yang pertama. Henry Ford berfikir bagaimana hendak memberi sedangkan pelaburnya berfikir bagaimana hendak menerima. Henry Ford berfikir bagaimana hendak membuat kereta dengan kos yang murah dan dijual dengan harga yang murah supaya lebih ramai orang mampu membelinya. Sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya.

Henry Ford mencari pelabur yang kedua. Apabila ditemuinya, kereta mula dibuat dengan kos yang rendah dan dijual dengan harga yang murah. Akhirnya, ramai orang yang mampu membelinya. Rugikah Henry Ford? Tidak! Dia mendapat semula apa yang diberikannya. Lebih ramai orang membeli kereta bererti lebih banyak kereta terjual dan lebih banyak keuntungan yang didapatinya. Benarlah, what you give, you get back!

Berilah Kemaafan

Satu penyelidikan telah dijalankan terhadap penghuni rumah-rumah sakit jiwa. Penemuannya sangat menakjubkan. Didapati orang yang pemurah jarang menjadi penghuninya. Sekali gus ini membukti kebanyakan penghuni rumah sakit jiwa ialah orang yang kedekut – tidak mahu memberi. Mereka rasa tertekan kerana tidak disayangi atau diendahkan, tetapi mungkin mereka terlupa akan punca mereka tidak disayangi atau diendahkan. Boleh jadi mereka sebelum ini tidak terlebih dahulu menyayangi atau mengendahkan orang lain.

Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan itu. Percaya tak, orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa “diikat” oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri.

Allah mengingatkan hamba-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan jahat, jadi, tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah –olah seorang sahabat karib.” (Surah Fussilat 41:34)

Langkah kita memaafkan orang lain termasuklah dalam erti “tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan” seperti yang dituntut oleh Allah itu. Berilah kemaafan kerana manfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

  • - Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
  • - Hati akan lebih tenang.
  • - Wajah akan bersih.
  • - Semangat kerja akan tinggi.
  • - Penyakit akan cepat sembuh.
  • - Hidup akan menjadi berkat.
  • - Murah rezeki.
  • - Mendapat lebih ramai sahabat.

Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:

  • - Dia rasa dengan memberi akan mengurangkan.
  • - Orang yang menerima tidak berterima kasih.
  • - Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.
  • - Takut dieksploitasi & dimanipulasikan.
  • - Tidak adil setelah kita penat berusaha.
  • - Tidak mendapat balasan (sia-sia).

Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu!

RASA MEMBERI AKAN MENGURANGKAN

Sayidina Ali r.a. berkata, “Rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”

Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.

Bukankah dalam Islam memberi sebahagian harta seperti yang kerap dianjurkan oleh al-Quran, akan membersihkan dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat.

Sebenarnya keinginan untuk memberi juga adalah menjadi dorongan yang kuat untuk seseorang itu berusaha (mencari rezeki). Hal ini kerana untuk memberi mestilah apa yang dimiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh sebab itu dorongan untuk memberi itu menyebabkan kita akan berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamalkan prinsip 3M dalam berusaha; Mencari, Menyimpan dan Memberi.

ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA KASIH

Ini lumrah alam (sunnatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima kasih di dunia ini. Jika dengan adanya ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, nescaya kita bukan sahaja akan kecewa bahkan sikap itu menunjukkan kita orang yang ego.

Bayangkan, Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur) , tetapi amatlah sedikit di antara kamu yang bersyukur.” (Surah al-‘Araf 7: 10)

Namun apakah dengan itu Allah berhenti daripada memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

TIDAK ADA APA-APA YANG HENDAK DIBERI

Jangan sempitkan rezeki dengan “menyempitkan” pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta. Jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu “ada” untuk memberi. Luaskan pengertian rezeki nescaya “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, malah pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

BIMBANG DIEKSPLOTASI DAN DIMANUPULASI

Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita, orang itu patut menerima pemberian kita.

Jangan cuba-cuba menembak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak di dunia, pasti di akhirat sudah tersedia. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah diri jika dieksploitasi dan dimanipulasikan untuk kebaikan.

TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA

Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Bukankah modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita mudah memberi. Boleh jadi Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Jadi, kita harus sedar bahawa kita adalah “saluran” Allah untuk memberi. Oleh sebab itulah Allah menggunakan kalimah “Kami” (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.

Berdasarkan itu adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana sikap itu sama seperti menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya “kepunyaan” kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain.

Jelasnya, manusia ialah “peminjam” bukan “pemilik”. Maka memulangkan pinjaman itu adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

TIDAK MENDAPAT BALASAN

Individu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat pasti menolak anggapan bahawa memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-8)

Apa yang diharapkan balasan daripada manusia sedangkan pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.

Kita harus sedar, ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia turut dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat “ketenangan” hati. Tidakkah itu semua akan berikan ketenangan di dunia?

Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin... Malaikat bertanya: “Ya Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?” Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab: “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”

Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah meneladani orang yang berjaya. Mereka semua terdiri daripada orang yang sangat komited dalam memberi.

Jika anda miskin, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali Karamallahu wajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.

diambil dari web telaga biru .

sumber: SOLUSI

Thursday, February 10, 2011

Siapa Stormreaders ?

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Dengan berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buk

u-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran p

roduk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah system affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.


web stormreaders network.

Wednesday, February 9, 2011

Munif Hijjaz Perfume






Alhamdulillah Munif Hijjaz Perfume telah ada di Estore boleh buat belian di sana sekarang semoga dengan adanya produk ini akan lebih memberi semangat kepada semua pengedar untuk terus mengembangkan rangkaian perniagaan Stormreaders Network.

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Makam Malam


Ucapan Tahniah tidak terhingga kepada Pihak Syarikat Stormreaders Network Sdn Bhd terutama Gm En Syah Rizal Mohamed dan Tuan Hj Abdul wahab kerana telah berjaya mengadakan majlis makan malam bagi meraikan para pengedar stormreaders network, sudah setahun berlalu dengan penubuhan stormreaders netwrok menjadi platform bagi para usahawan yang ingin menceburi bidang pengedaran buku ilmiah.

Disini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada para pengedar yang telah mendapat anugerah terutama kepada upline saya Ust Firdaus Mansor yang telah mendapat Anugerah Jualan Tertinggi Estore sepanjang tahun lepas dapat RM10 ribu leh belanja makan downline ni ... he he he
dan kepada Ust Azhar dari Taiping yang berjaya mendapat cabutan bertuah umrah RM 5 ribu ...

Ini diantara gambar yang diambil dari fb HQ SR

koleksi gambar Facebook Stormreaders
















Majalah Anis dan Asuh

Alhamdulillah kepada peminat Majalah Anis dan Asuh telah berada di estore stormreaders boleh lawati http://www.stormreaders.net/haibahones atau hubungi saya untuk mendapatkannye
Bulan Mac 2011




Majalah Anis RM7.00







RM3.00