Klik pada iklan ini sama

OhBelog

Monday, January 24, 2011

Perkembangan Terbaru Stormreaders

Alhamdulillah semalam bertempat di Dewan Masjid Seberang Jaya telah berjaya diadakan Majlis Taklimat dan Perjumpaan Leader-Leader, Ahli, Mobile Stokis bersama dengan Pengarah Urusan Stromreaders En Syah Rizal dan Pengawai Pemasaran En Maher, sempena kedatangan pihak HQ ke Negeri Pulau Pinang. Beliau menerangkan bawa STORMREADERS NETWORK bergerak dengan jayanya untuk tahun 2010 dan tahun ini merupakan tahun kedua STORMREADERS NETWROK berada di pasaran.

Perkembangan Tebaru Stomreaders

Produk
- Stormreaders akan memperkenalkan produk MyStormKids
- Majalah Asuh, Anis akan dipasarkan oleh pihak stormreaders
- Produk Wangian Munif Hijjaz
- Menyediakan web tv www.stormreaders.tv
- Buletin online
- Bengkel Pemasaran On line
- Kursus Mobile Stokist

Bonus
- Memperkenalkan pangkat bagi jualan di estore
- memperkenalkan pembelian secara pukal (majalah solusi) melalui mobile stokist

Terima kasih kepada GM En Syah dan En Maher serta Ag Mus yang sudi turun ker Negeri Pulau Pinang dalam siri lawatan ke Sebelah Utara , dapat makluman sebelum ke Penang beliau telah turun ke Manjung dan Taiping.
Insya'Allah dengan semangat yang ditunjukan oleh pihak HQ Stormreaders ini akan memberi satu input dan motivasi kepada semua ahli, rakan pengedar dan mobile stokist dalam memajukan MLM Syariah pertama ...



Solusi Terbaru Isu 28 : Tanpa Akhlak Rosak Ibadah

Promosi : Ingin pendapatan tambahan sebagai pengedar Solusi , tak perlu fikir

panjang hubungi saya utk mengetahui caranya ... Pelan Tambah Ilmu Tambah

Pendapatan .... sinari hidup anda dengan cahaya keilmuan ....

ingin dapatkan majalah solusi sbg peminat dan pembaca ...

pm saya 0194467955 , penghantaran percuma sekitar USM Penang, Sg Dua ,

Seberang Perai Utara, Ptg Pauh...

Tuesday, January 18, 2011

Program Terkini

Jemputan khas StormReaders untuk ahli, pengedar serta mobile stokis di Pulau Pinang (utara),


Tarikh : 22hb Jan 2011 (Sabtu)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dewan Seminar Masjid Seberang Jaya


~ Taklimat Keusahawanan Khas Stormreaders Bersama GM En.Shah dan Pengurus Pemasaran - En. Mahir ~


Pengesahan kehadiran kpd En Yusop (0194100452), En Firdaus (0194469770), Zamadi (0194467922)

Saturday, January 15, 2011

Bahagian Download

Alhamdulillah dalam kesibukan program dan tugas di pejabat sempat jugak saya menbuat satu katalog buku stormreaders untuk kegunaan semua pihak yg ingin membeli tanpa memerlukan melihat secara keseluruhan di estore stormreaders,

katalog berkenaan boleh di download disini KATALOG SR



katalog ini di upload menggunakan ziddu free file hosting dimana rakan yg mendownload membolehkan dapat income berminat boleh daftar di sini daftar atau klik pada banner ziddu di sebelah kiri blog

Sekian Terima Kasih

Monday, January 10, 2011

Buku Pilihan Hari Ini

Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif

Harga setiap unit (piece): RM39.90

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Abdul Rahman, B. Pharm

Kod Buku : HSSB1001

Kod ISBN : 978-967-10060-0-9

Harga : RM39.90, CP : 13


Ubat daripada sumber babi merupakan isu kontemporari, sensitif dan kontrovasi terutamanya bagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Produk ubat-ubatan seperti vaksin, ubat pembedahan, kencing manis dan sakit jantung disyaki mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Meskipun Islam memberi kelonggaran sementara untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram dalam keadaan darurat, namun bagi pesakit yang menitik beratkan soal halal dan haram, mereka mempunyai hak untuk mengetahui dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ubat tersebut.

Buku Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca bagi menghadapi isu penggunaan sumber babi di dalam ubat-ubatan dan permasalahan yang berkaitan dengannya. Selain menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi sumber babi dan pilihan alternatif yang ada, buku ini juga menerangkan pendapat-pendapat ulama serta fatwa-fatwa perubatan terkini yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Thursday, January 6, 2011